Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)

Kongsikan

PIKAS merupakan salah satu usaha kerajaan dibawah penyeliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melengkapkan proses pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia. PIKAS ini diwujudkan adalah untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin dalam kalangan pekerja industri untuk mengurangkan kluster Covid-19 di tempat kerja dan seterusnya membantu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Selain daripada itu, program ini juga akan dapat membantu dalam mempercepatkan vaksinasi untuk rakyat Malaysia dan mencapai tahap imunisasi kelompok dengan lebih cepat dan efisyen.

Apakah Itu Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN)?

PPVIN merupakan suatu tempat yang diuruskan oleh sesebuah Healthcare Organiser (HCO) dalam proses pemberian suntikan vaksin kepada pekerja-pekerja syarikat industri yang berdaftar. Di PPVIN inilah segala proses pemberian vaksin akan berlaku dimana pekerja-pekerja syarikat akan dibawa ke PPVIN dan akan diuruskan oleh HCO disana.

Apakah Itu Healthcare Organiser (HCO)?

HCO pula merupakan satu entiti medikal yang akan menguruskan segala proses yang berlaku sepanjang program vaksinasi di PPVIN. Selain daripada menyediakan tenaga kerja dalam urusan pemberian vaksin, HCO juga yang akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bekalan, penyimpanan dan pengurusan dos vaksin yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Mengapa Perlu Melantik Klinik Siti Sebagai HCO Kepada Syarikat Anda?

Klinik Siti merupakan salah satu HCO yang berpengalaman dalam menguruskan Pusat Pemberian Vaksin dimana pada 5 Mei 2021 yang lalu, Klinik Siti dengan kerjasama Universiti Malaya telah berjaya menguruskan satu PPV di Universiti Malaya yang bernama Pusat Pemberian Vaksin Astra Zeneca Universiti Malaya (PPVAZUM) dan masih terus dalam usaha pemberian vaksin di PPVAZUM sehingga ke hari ini. Secara purata Klinik Siti dapat memberi suntikan vaksin di PPVAZUM sebanyak 1,000 ke 2,300 dos sehari.


Tidak hanya kepada itu, pada 7 Jun 2021 yang lalu, Klinik Siti sekali lagi telah mendapat mandat untuk menguruskan satu lagi PPV yang diberi nama Pusat Pemberian Vaksin Awam Swasta MITEC (PPVASMITEC) yang bertapak di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Klinik Siti telah dapat memberikan secara purata sebanyak 1,800 dos sehari di PPVASMITEC.


Sehingga 13 Jun 2021, seramai 61,319 orang telah divaksin oleh Klinik Siti di PPVAZUM dan juga PPVASMITEC. Hal ini membuktikan bahawa Klinik Siti sangat komited dan mengambil serius dalam usaha untuk menyahut seruan kerajaan untuk memberi vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Oleh yang demikian, dengan pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan program PPV ini, Klinik Siti sangat yakin dan pasti akan dapat memberikan yang terbaik buat syarikat industri yang melantik Klinik Siti untuk menjadi HCO kepada syarikat mereka.

Bagaimana Cara Untuk Melantik Klinik Siti Sebagai HCO Syarikat Anda?

Sekiranya anda berminat untuk menjadikan Klinik Siti sebagai HCO kepada syarikat industri anda, anda boleh menghubungi talian hotline Siti Healthcare di nombor 010-6595051. Segala keperluan atau segala perbincangan dengan lebih lanjut boleh dilaksanakan dengan lebih mudah. Pihak Klinik Siti sentiasa menantikan peluang untuk bersama syarikat anda dan pintu HCO kami sentiasa terbuka untuk berbakti kepada syarikat industri anda agar kita bersama dapat menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk mencapai tahap imuniti kelompok dengan lebih cepat dan efisyen.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak