Kepentingan Pemeriksaan Papsmear untuk mengesan Kanser Serviks

Kongsikan

Ujian pemeriksaan papsmear ini merupakan satu jenis pemeriksaan yang dilakukan secara rutin bagi seseorang wanita yang telah melakukan hubungan seksual sama ada pernah bersalin, sedang mengandung ataupun yang masih belum mengandung. Sekiranya anda telah membuat hubungan seksual bersama pasangan, anda adalah digalakkan untuk membuat ujian pemeriksaan papsmear ini. Ujian pemeriksaan papsmear ini merupakan satu ujian yang sangat mudah dimana anda boleh datang ke klinik pada bila-bila masa dengan syarat anda bukan berada dalam tempoh haid atau period. Sekiranya pada ketika itu anda sedang datang bulan atau period, anda tidak boleh melakukan pemeriksaan papsmear ini. Tujuan utama pemeriksaan papsmear ini dilakukan adalah untuk mengesan pembentukan sel-sel kenser dibahagian serviks. Apabila seseorang itu telah membuat pemeriksaan papsmear dan mendapat keputusan yang normal, anda boleh membuat pemeriksaan semula setelah tiga tahun kemudiannya kerana ini merupakan satu jenis pemeriksaan yang dilakukan secara rutin.

Cara Perlaksanaaan Ujian Papsmear.

Untuk melakukan ujian papsmear ini, kita akan menggunakan alatan yang dipanggil sebagai Papsmear Test Kit dimana kita akan menggunakan suatu alat yang dipanggil speculum yang akan digunakan untuk membuka lubang kemaluan anda dan kita akan ambil sampel di bahagian serviks ataupun dalam Bahasa Melayunya dipanggil sebagai pintu rahim. Kenapa kita perlu ambil sampel dibahagian tersebut? Ini adalah kerana kita ingin melihat adakah terdapat sel-sel kanser di bahagian serviks tersebut. Selain daripada itu, kita juga ingin melihat adakah terdapat kuman dibahagian serviks tersebut. Semasa proses ini juga, doktor akan dapat melihat secara keseluruhan pintu rahim anda dan ianya akan memberi gambaran jelas kepada doktor kerana kadang-kadang ianya ada yang baik-baik sahaja tiada masalah. Kadang ada yang merah, jadi merah ini bermakna mungkin ada jangkitan sebelum ini dan kadang-kadang kita boleh nampak terus bentuk yang ada kanser. Oleh itu, doktor akan tahu bahawa sampel ini perlukan laporan dan rawatan segera.

Dapat Juga Membuat Ujian HPV

Sewaktu kita membuat pemeriksaan papsmear, kita juga boleh terus membuat pemeriksaan HPV sekaligus. Apakah pula itu HPV? HPV adalah Human Papiloma Virus. Mengapa perlu pula untuk membuat ujian HPV ini? Ini adalah kerana ianya merupakan satu virus yang selalu dikaitkan dengan kanser serviks juga. Bagi yang telah membuat pemeriksaan papsmear bersama pemeriksaan HPV dan mendapati bahawa keputusan anda adalah normal, anda boleh membuat pemeriksaan semula selepas 5 tahun. Tetapi ini adalah pemeriksaan secara rutin. Rutin ini bermakna, sekiranya anda tiada apa-apa masalah, anda boleh membuat pemeriksaan semula selepas 3 atau 5 tahun kemudiannya. Tetapi sekiranya anda mengalami pendarahan selepas bersama dengan suami ataupun anda menghadapi masalah period yang tidak normal. Anda akan dinasihatkan untuk membuat juga pemeriksaan papsmear ini walaupun masih belum lagi sampai tempohnya kerana dikhuatiri terdapat sel-sel kanser yang sedang terbentuk.

Persoalan, Pertanyaan atau Kemusykilan Lain Mengenai Pemeriksaan Papsmear?

Sekiranya anda berhajat untuk membuat pemeriksaan papsmear, anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan anda kerana di Klinik Siti anda tidak perlu rasa risau dan rasa malu kerana kami menyediakan kesemuanya doktor wanita yang sentiasa bersedia dan sudi untuk mendengar luahan dan membantu menyelesaikan masalah kewanitaan anda. Anda boleh terus datang ke mana-mana cawangan Klinik Siti yang berhampiran dengan kediaman anda di mana Klinik Siti kini sudah mempunyai 31 cawangan di sekitar Selangor, Nilai, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Klinik Siti dibuka daripada jam 8 pagi sehingga 11 malam temasuk pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum.

Klinik Siti menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Maklumat Terkini

Tip Kesihatan

Menguruskan kanak-kanak yang jatuh. Kemalangan yang perlu dipandang serious oleh ibu bapa.

Tip Kesihatan

Masalah mabuk semasa mengandung. Punca dan cara untuk menanganinya

Tip Kesihatan

Kebaikan Susu Ibu buat bayi dan ibu itu sendiri wadah kebahagiaan ibu dan anak