
Dating scan 2D (hitam putih)
Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound pertama sewaktu booking (buka buku) adalah penting kerana ia menentukan tarikh yang tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau estimated due date (EDD). Ia hendaklah dilakukan seawal mungkin iaitu waktu kandungan sekitar 6 -7 minggu sehinggalah sebelum kandungan mencecah 12 minggu.